PENGENALAN

CEBISAN SEJARAH MASJID AL-AZHARI
Masjid ini telah diasaskan oleh Imam Haji Abd Rahman bin Senik di atas lot tanah yang diwakafkan oleh seorang hamba Allah pada tahun 1920-an. Pada waktu tersebut, masjid ini hanya dibina dengan menggunakan kayu yang bertiangkan batang kelapa. Setelah kematian Hj. Abd Rahman bin Senik pada tahun 1960, masjid ini telah diambil alih oleh anak beliau iaitu Ustaz Hj. Md Azhari bin Hj. Abd Rahman.
Pelbagai aktiviti dianjurkan seperti ceramah agama, program untuk muslimah, ceramah umum bulanan, kelas taska Islam, dan pelbagai aktiviti Ilmiah dan kemasyarakatan yang bertujuan untuk menarik minat penduduk sekitar datang ke masjid. Selain dari itu, pada setiap tahun, masjid ini memberi sumbangan kepada anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal dan orang-orang miskin setempat berupa barang-barang keperluan harian dan kewangan bagi membantu kehidupan mereka.
Kini, Masjid Al-Azhari telah membeli lot tanah seluas 2.7 ekar berharga RM 40,000 untuk membina kompleks yang dinamakan KOMPLEKS ILMU AL-AZHARI atau KIAZ.

Masjid Al-Azhari
PENGENALAN KIAZ
Melihat generasi muda serta masyarakat setempat yang hidup dicelahan dunia yang telah tua serta rakus ini mencetuskan satu rasa tanggungjawab kepada pihak Masjid Al-Azhari untuk memohon dana dan pelbagai sumbangan daripada semua Umat Islam untuk membina sebuah Kompleks Ilmu Al-Azhari yang terdiri daripada:
1. Sebuah Maahad Tahfiz Al-Azhari (MUMTAZ) untuk pelajar-pelajar miskin dan anak-anak yatim yang dibiyai sepenuhnya oleh Masjid Al-Azhari.
2. Beberapa buah kedai runcit dan perniagaan lain untuk masyarakat setempat.
3. Melengkapkan fasiliti di Masjid Al-Azhari.
VISI
Visi Kompleks Ilmu-Al-Azhari ialah menyediakan satu prasarana pembelajaran dan pusat ekonomi dalam suasana Islam yang sempurna dan terpelihara bagi melahirkan masyarakat yang berilmu, beramal dan beriman serta bertanggungjawab bagi mencorak generasi pewaris yang berbakti pada agama, bangsa dan negara.
MISI
1. Membangunkan sebuah Maahd Tahfiz Al-Azhari (MUMTAZ) yang membantu pelajar miskin dan anak-anak yatim untuk menjadi para Huffaz yang akan menerajui kepimpinan Islam pada masa akan datang.
2. Meningkatkan dan meluaskan kaedah penyebaran Islam.
3. Membudayakan nilai-nilai Islam dalam segenap aspek kehidupan dalam kalangan masyarakat
4. Memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya Pendidikan Islam.
HARAPAN

Adalah menjadi harapan pihak KIAZ untuk mencapai visi dan misi Kompleks Ilmu Al-Azhari ini sempurna mungkin. Ini adalah bagi memastikan agama Islam akan dapat dipertahankan di dunia yang fana ini. Bagi mencapai misi dan visi ini,bantuan material dan tenaga amat dialu-alukan.